Kantung bayi kosong & Pendarahan semasa hamil.
Tapi saya kerap alami pendarahan, punca pertama mungkin sebelum tu tahu hamil saya banyak buat kerja2 berat. Contohnya mengecat, alihkan perabot rumah, kemas rumah dan banyak lagi. Tapi selepas tahu hamil saya kurangkan buat kerja2 berat.
Pendarahan semasa hamil yang pertama, saya alami hampir 1 minggu. Saya ada pergi ke Hospital UMRA yang terletak di seksyen 13. Lokasi https://goo.gl/maps/XRuqSNz9SSk . Setelah jumpa doktor semua, doktor cakap kandungan masih kecil & akan beri ubat kuatkan rahim.
Ni contoh ubat tu, nama Utrogestan. Kena habiskan. Lepas makan ubat ni alhamdulillah, darah dah makin sikit. Tetapi selepas 2 minggu, Darah keluar balik. Saya dah start x sedap hati......
Saya pergi sekali lagi ke klinik, Klinik kesihatan suruh buat appointment dan datang lagi minggu. saya xpuas hati ar... Darah banyak dan lebih dari seminggu.
Saya xsedap hati, saya & suami terus ke Hospital Putrajaya. Saya bawak surat yang doktor bagi di klinik kesihatan. Doktor suruh buat urine test dulu. Setelah hampir 30 minit baru doktor pakar datang. Urine test saya ,masih positif (alhamdulillah) . Doktor pon scan perut saya, muka doktor agar pelik kerana usia kandungan saya hampir 11 minggu tetapi masih kosong.
Ya allah, kuat nya ujian yang kau beri kepada aku & suamiku. Doktor sarankan datang lagi 2 minggu. jika masih kosong hospital akan buat Dilation and curettage (D&C) boleh klik sini untuk maksud D&C : http://jajaaman.blogspot.my/2017/07/apa-itu-d-dilation-and-curettage.html. Tetapi kalau kandungan jatuh sendiri, kena terus pergi ke hospital.
Doktor suruh doa dan tawakal.
Tanggal 29 jun 2017 jam 2.30am , kandungan saya pergi buat selamanya.... Dalam 1.00am ~ 2.00am perut saya sakittt sangat.... Saya pon terus pergi ke tandas. semasa buang air kecil tiba-tiba saya rasa mcm ada ketulan yang keluar. " ahh sudah, apa benda ni" saya ckp dlm hati. Saya tengok, rupa2 nya ketulan daging. Masa tu saya dah tahu anak saya dah tak ada.....
Saya ambil ketulan daging tu dah simpan. Doktor sarankan kalau ada apa2 yang keluar dari rahim simpan untuk tunjuk di hospital. Dalam jam 3.00am saya dapat serangan sakit perut yang kedua.... dan Janin saya keluar. Masa tu saya dah nangis.... "Ya allah, anak aku...." Saya terus ambil dan simpan. saya langsung tak tidur sehingga jam 7.00am. kami siap2 dah terus pergi ke hospital.
Di hospital xramai orang, alhamdulillah. sekejap saja nama saya dah di panggil. Dokto tengok ketulan yang saya bawa & saya terus di masukkan ke ICU. Doktor check rahim saya, di bersihkan guna mungcung itik ni :
Nampak seram kan? Ye memang menakutkan hahahaha |
doktor cuci rahim |
Setelah siap semua, doktor cakap rahim awak dah kosong. Nanti nurse akan masukkan air. " masukkan air ???? pehhh benda yg aku paling takot oi !!! " lepas 10 minit acik misi pon datang. di suruh genggam tangan kuat2. Ye saya genggam tapi ?? Menggigil wooo !!!
huaaaa sakit |
Yeaaaa akhirnya air di masukkan... Rasa sejuk jee tangan saya ni sbb dah kena masuk air huhuhuhu.
Hampir 1 jam jugak la saya tunggu doktor wad bersalin. Lepas sejam saya di masukkan ke wad bersalin... Naik kerusi roda lagi tu weee ~~~~~
En. suami setia menunggu saya... sian en. somi huhuhuhu i lap u more en.somi !!
Dokor amoi ni cek saya sekali lagi. mula2 scan lepas tu muncung itik dan last guna benda ni. Seram kan ?
transvaginal ultrasound |
Doktor amoi pon sahkan rahim saya dah clear dan x perlu buat D&C . Alhamdulillah xkena tahan wad. Kakak saya tolong bersihkn kantung dan janin saya (kakak saya nurse) . Selepas di bersihkan, kakak suruh tanam janin di tempat yang xda orang lalu. Sebab takut di makan binatang liar. Setelah semuanya selesai Saya pun mulakan proses berpantang selama 2 minggu.
Ni lah gambar terakhir yang saya ada. Saya dpt rasakan anak saya ni lelaki dan kami dah ada nama untuk dia " Muhammad yusuf " . Anak syurgaku... walaupon ibu xsempat nak lihat rupa kamu, pegang kamu, susukan kamu, tapi ibu bersyukur dapat kandungkan kamu selama 2 bulan lebih ni. Ibu dah tahu macam mana Mabuk, muntah, pening, badan xlarat.
Anak syurga ibu, terima kasih sebab dah bahagiakan ibu dan ayah selama beberapa bulan ini. Kamu anak yang baik.
Sepanjang hamilkan kamu, ibu sentiasa berdoa agar allah sihatkan kamu dan menjadi anak yang soleh. Tapi allah lebih sayangkan kamu, allah ambil kamu dari ibu. Ibu redha sayang.... Semasa kamu tinggalkan ibu, Semua nya di permudahkan. Ibu xperlu masuk hospital, ibu xperlu buat D&C semuanya mudah.
Dalam setiap doa, ibu akan doakan kamu muhammad yusuf. Tunggu ibu dan ayah di Syurga ye sayang. Al fatihah buat anakku.
Flashback : Petang sebelum saya gugur, saya ada tengok wayang. Try duduk sit yg boleh gerak2 tu. Alaaa Atmos Dbox GSC, macam ni rupa eh ...
Mungkin ni salah satu sebab saya gugur. Gegaran kerusi Gsc atmos Dbox ni kuat boleh jadi punca keguguran. So kawan2 yang prgnt jangan laaa amik sit ni ye, sayangilah baby anda....
Mungkin ni salah satu sebab saya gugur. Gegaran kerusi Gsc atmos Dbox ni kuat boleh jadi punca keguguran. So kawan2 yang prgnt jangan laaa amik sit ni ye, sayangilah baby anda....
Semoga sis tabah 😢😢😢
ReplyDeletetq sis.. :)
DeleteSemoga sis tabah 😢😢😢
ReplyDelete