A D&C, also known as dilation and curettage, is a surgical procedure often performed after a first-trimester miscarriage. In a D&C, dilation refers to opening the cervix; curettage refers to removing the contents of the uterus.
Bermaksud : D & C, yang juga dikenali sebagai pelebaran serviks, adalah prosedur pembedahan yang sering dilakukan selepas keguguran dalam trimester pertama. Dalam D & C, pelebaran merujuk kepada membuka serviks dan mengeluarkan apa yang ada di dalam rahim.
Kenapa D&C di gunakan ?
Kadang2 D&C perlu dari segi perubatan. Jika seseorang mengalami pendarahan dan komplikasi keguguran, d&c boleh menyelamatkan nyawa. Kerana ia membantu menghentikan darah dan mengelakkan jangkitan.
Di dalam kes lain, d&c boleh di gunakan jika doktor rasa keguguran tidak mungkin terjadi secara semula jadi. Atau keguguran berlaku secara semula jadi tetapi tidak semua tisu berjaya luruh. Ada juga kes lain, wanita meminta D&C kerana mereka tidak mahu menunggu keguguran itu jatuh secara semula jadi.
Manfaat D& C
- Tidak masukkan ke hospital dalam waktu yg lama
- Proses D&C berakhir dengan cepat
- Pihak hospital akan mengumpul tisu untuk pasangan jika mahu meneruskan ujian kromosom
Risiko D&C
- Kecerderaan pada rahim
- Pangkal rahim lemah
- Risiko kekurangan serviks
- Parut dalam rahim
- Alahan terhadap ubat-ubatan
Persediaan untuk D&C
- Boleh di lakukan di klinik swasta atau di hospital
- Menjalani ujian Presurgical
- Tidak boleh makan dan minum sebelum pembedahan
Pengalaman D&C
Pengalaman bergantung pada pesakit. Ubat tahan sakit di berikan dan Spekulum di masukkan ke dalam faraj. Serviks diluaskan untuk proses D&C. Pesakit mungkin mengalami kekejangan sederhana @ teruk semasa prosedur. Anda juga boleh di beri ubat pelali agar anda tidak ingat apa2 memori rawatan.
Pemulihan selepas D&C
- Boleh kembali bekerja selepas 2 hari
- Tetapkan ubat yang di beri
- Mungkin mengalami pendarahan beberapa hari (hubungi doktor jika teruk)
- Elakkan hubungan intim selama satu @ 2 minggu
Semua nya terpulang kepada anda sama ada inin gugur secara normal @ proses D&C .
Pendarahan semasa hamil :
http://jajaaman.blogspot.my/2017/07/pendarahan-semasa-hamil-jangan-abaikan.html
*kredit to vitamin pilihan ibu blog.
No comments:
Post a Comment
~~ hOLa 😍 ~~