Monday, November 21, 2022

Pengalaman buat lasik di optimax ttdi

Lasik :

Day 1 : Appointment jam 12.00 tapi sampai 11.30, nampak tak semangat tu 🤣 . Tunggu kejap untuk buat rtk covid. Ok negative so proceed. kena cek mata semula, power semua. Almost 2hour baru settle semua + payment. Staff suruh makan dulu datang balik 1.30 petang. Masalahnya masa tu dah jam 12.50?? Mmmmm so makan dalam kereta je la. 

1.30 terus naik ke atas untuk tunggu nama dinpanggil. I nombor 1 kot yang buat operation omg !! Dalam jam 1.45 nama kena panggil. Susun ikot nombor giliran.


So dapat beg, nurse terangkan sikit. In full english, i was like krikk krikk 🤣🤣 layan kan je. Faham je sikit2. So doktor datang dlm 2.30 doktor baca2 buku kes. Then datang buat penerangan kat kitorg 

Settle semua, i kena panggil. Omg seram. Doktor cek mata, ok mata semua ok. Boleh proceed. So kena baring kat mesin laser tu.

Fuhh seram sejuk rasa. Nurse letak selimut tapi i nervous so ada sorang nurse pegang tangan bagi relax. Kesian nurse tu i gemgam tangan kuat2. Sampai lenguh tangan dia huhuhu

Kena pakai besi bagi tak gerak mata, pas tu doktor sapu ubat semua. Ok set nak laser dah. Kena pandang titik hijau, memang rasa titik tu lari. Tapi sebenarnya mata kita yg lari 🤣  

So i fokus balik pandang kat tengah tengah. Then done. Siap. Mata kabur masa ni, tapi doktor keluarkan yg kena titik2 laser.

Nampak dah, tapi kabur lagi. So nurse pegang kena duduk dulu kat kerusi. Ambik ubat semua boleh balik dah. So jalan la slow slow ke kereta. 

Kabur gila pandangan mata masa ni, jalan pon agak2 je 😂 

Dalam keta otw balik, mata pedih gilaaaa


Day 2 : mata masih pedih-pedih. Tapi nampak terang & jelas. Rasa macam pakai contact lence, tadi duduk depan cermin. Hampir2 nak pegang mata bukak Contact lence 🤣 nasib baik teringat baru buat lasik semalam. Masa tido + tutup mata masih terasa doktor korek2 bijik mata tu. Husband cakap mybe trauma 😂

Day 3: masih rasa pelik macam pakai contact lence, mata terang semacam. Kabur2 masih ada. Belum fully boleh nampak. Pedih2 pon masih ada, rasa mcm ada benda dlm mata. 

Day 4 : mata rasa pedih2 mcm ketat. Tak selesa sikit. Titik eye drop jelah. Mslhnya eyedrop dah nak habis 😭 mata rasa kering sikit harini. Mmmmm

Day 5: bangun pagi mata rasa macam pakai contact lence 🤣 terang nauu. Syukur dengan nikmat yg allah beri. Tapi mata masih rasa ketat, so kena letak eye drop. Harini try cuci rambut n shampoo. Fuhh dekat sejam jugak la mendongak kepala sambil pakai google. Anak2 n husbnd gelak je hahahaha. Tak nak bagi sabun masuk mata punya pasal kan.

Day 6 : still sama, rasa mcm pakai contact lence 😂 masih berusaha utk selesakan diri.
Mata harini tegang2 lagi. Lepas letak ubat mata ok sikit. Kena letak eye drop selalu kalau tak mata rasa tegang je huhuhu

Day 7 : bangon mata melekat !! Oh noo 😭 tahi mata la ni puncanya... I terus menjajau cari ubat titik mata. Fuhh boleh bukak dah lega. So harini sesi cuci bulu mata guna cotton bud basah. Slow slow i cuci. Punya jadi gini sebab mata langsung x kena air. Just kena eye drop. Soo lega sikit la bulu mata, dah kena air. Huhuhuhu btw mata masih tegang, jadi sila titik dengan eye drop ye. lagi satu ubat titik i dah habis. Parah arr gini sepatotnya esok last titik 😂😂

Day 8: bangun mcm biasa. Mata nampak semua fuhh terang... Tapi still rasa ketat ketat. 

Day 9 : mata kelat2 sikit. So sapu ubat titik mcm biasa.mata masih rasa macam pakai contact lence... Al maklumla dah dekat 20tahun rabun. Aaa githuuu

Holiday after 4week quarantine dalam rumah. Yahooo mata sudah terang wooo

 
Mandi kolam pakai spek u alls, jaga mata. Doctor suggest untuk pakai goggles kalau swim. Klorin no good untuk mata. 

No comments:

Post a Comment

~~ hOLa 😍 ~~