Wednesday, August 8, 2018

Pizza hut, macam mana nak mintak duit semula (kes : oven pizza rosak) how to get your money back from Pizza hut.

hai !

Sebenarnya duit saya Pizza hut malaysia masih belum refund !!! Hati ini masih sakit.

Ok saya nak tunjuk step yang saya buat untuk dapatkan duit semula. PIZZA TAK DAPAT DUIT TAK NAK PULANG !!

Pada tarikh 30 july 2018, saya order la pizza via online. Dah siap buat  full payment lagi guna Maybank to You. Lepas sejam tunggu, pizza tak sampai-sampai. Tiba-tiba phd shah alam call, cakap tak dapat hantar sebab oven rosak. My problem ke???

So saya tanya duit saya bak ar, PIZZA TAK DAPAT DUIT TAK NAK PULANG ke?
Dia pon cakap akan call balik untuk beritahu cara-cara duit di pulangkan / refund, 30 minit saya tunggu masih x telefon-telefon. Hati panas Perut lapaar ni !!

Ni transation via maybank to u saya,namapak tak? Duit dalam akaun dah ditolak ok???



 Ni pula bukti pembayaran saya.

 Dah bengang saya pon call la PIZZA sendiri , 1300882525

TARIKH : 30/07/2018



Mereka akan mintak NUMBER REFERENCE, untuk proses pemulangan duit. Duit akan di pulangkan dalam masa 3 hari. Ok saya tunggu.

Selepas 3 hari, duit xada pon ? aik ? kata 3 hari, saya pon call PIZZA semula pada 4/08/18. Nampak kan call outgoing saya tu?

Kali ni mereka kata 7 hari pula ? ok xpa, Saya mintak Nombor report dia cakap tak ada ?? ok xpa sabar-sabar. 

6/08/18 saya call lagi, sebab dah 7 hari. Kali ni dia cakap 7 hari bekerja pulak???? Kau ni cakap boleh jangan pusing-pusing tak??? Kenapa tak cakap dari awal 7 hari bekerja ??? Penipu betul Pizza hut malaysia ni !!!




hari ini saya call lagi, 8/08/18. hari ni genap hari ke 8 dan saya masih tak dapat duit tu !!!! my first call tu dorg suruh tunggu lama last-last mereka letak phone. WTF MF ??? Kata tunggu sekejap nak check, tapi dia letak. 

Hati dah sakit ni. i call lagi. Kali ni dah sakit sangat hati. Cerita-cerita dia cakap dalam 10 minit akan call balik. Ok saya tunggu, lepas 15 minit baru mereka call. 

Operator nama farish @ faiz @ fish (apa tah namanye?), Dia cakap duit itu akan di refund dalam masa 14 hari. Eh??? ko pahal penat aku tunggu duit tak dapat-dapat. Dia kata MAYBANK MALAYSIA tak nak release duit tu. Hei ?? Duit tu masuk dalam akaun PIZZA HUT RESTORAN SDN BHD, xda kena mengena dengan maybank ?? 

Saya tak puas hati, saya terus call Maybank 1300886688





Saya cerita A-Z tentang PIZZA HUT MALAYSIA ni, apa yang dia kata. Lepas ambil detail semua, Pihak maybank cakap duit saya sudah di masukkan ke dalam akaun Pizza hut dan pihak maybank tak hold pon duit tu. 

Jadi dah nampak kan sekarang? Pizza hut yang payah nak refund duit !!!!!! 

Saya terus buat Report di maybank, maybank ambik report saya. Sekarang nak tunggu pihak maybank serang pizza hut !!!

#masihtungguduitsaya

Selepas 14 hari bekerja, akhirnya duit saya dah di masukkan... 
alhamdullilah...



So tips nak duit di refund dengan cepat.

1) Buat report di pizza hut pastikan anda rakam !!!
2) call bank yang anda guna, bagi kes saya Maybank
    *bank akan minta banyak detail, contohnya nombor kad bank, nama penuh ic dan lain-lain.
3) Pihak bank akan tanya kenapa nak refund duit, bagi kes saya kes pizza tak dihantar, so boleh proceed. Tapi bagi kes tipu beli barang atau lain-lain kes saya tak pasti.
4) Bank akan bagi nombor report dan sentiasa update dengan bank.  Selalunya bank kata 14-24 minggu.





2 comments:

  1. Hi.. boleh bagi x acc no pizza hut restaurant? pernah terhutang dlu2. skrg nk byr blik.. pls

    ReplyDelete
  2. Saya pun terkena pada 1 October 2022...

    ReplyDelete

~~ hOLa 😍 ~~